My Favourite

My Favourite

Friday, 13 April 2012

PROJEK MEDIA PENGAJARAN



TOPIK-TOPIK PEMBENTANGAN

DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJZAH






TAJUK KURSUS :  Teknologi Pengajaran
KOD KURSUS    :  TPK2102W

SEMESTER  :  1

(JANUARI – MEI 2012)







BIL.
TAJUK
MINGGU/
TARIKH
KUMPULAN
1.
Terangkan Peranan dan Kepentingan Teknologi Pengajaran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
M3

2.
Huraikan Fungsi Dan Kepentingan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
M5

3.
Jelaskan Reka Bentuk Pengajaran Dan Perkaitan dengan Teori Pembelajaran
M6

4.
Jelaskan Penggunaan Perisian Grafik, Foto Dan Animasi, Audio Dan Video dalam Pembangunan Media/Objek Pembelajaran
M7

5.
Huraikan Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
M12

6.
Jelaskan Perolehan Sumber Maklumat Dan Bincangkan Isu-Isu Teknologi dalam Pendidikan
M14




Tugasan disediakan oleh                                                    Disahkan oleh





________________________                                          _________________________



(CHUA LAY SIOK)                                                         (ABD. KHAHAR BIN SAPRANI)











TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJZAH






TAJUK PROGRAM  : DPLI 

NAMA GURU PELATIH  :



TAJUK KURSUS :  Teknologi Pengajaran
KOD KURSUS    :  TPK2102W

SEMESTER  :  1

(JANUARI – MEI 2012)


TARIKH MULA
6 Februari 2012

TARIKH HANTAR

9 Mac 2012








1.             Menganalisis konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan.

2.             Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran teknologi.

3.             Membangunkan media pengajaran yang baik dan bersesuaian.

4.             Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.             Menilai keberkesanan pembangunan dan penggunaan media pengajaran.



Objektif Kerja Kursus Pendek



1.             Membuat perancangan media pengajaran berdasarkan model Rekabentuk Pengajaran yang sesuai.

2.             Menghasilkan media pengajaran yang mengintegrasikan teknologi pengajaran.

3.             Menghasilkan portfolio yang menunjukkan proses dan peringkat perkembangan pembelajaran Teknologi Pengajaran.



Tugasan Kerja Kursus Pendek



a.  Portfolio

Portfolio mengandungi butiran berikut:-

·         Struktur kandungan

·         Bahan-bahan edaran kursus dan rujukan peribadi pelajar

·         Nota-nota ringkas kuliah dan artikel

·         Bahan-bahan hasil pembentangan

·         Bahan-bahan hasil kerja-kerja amali

·         Sumber rujukan

·         Refleksi individu



b.  Projek

Berdasarkan satu sub-topik atau topik dari matapelajaran opsyen anda, anda dikehendaki :

  1. Membuat perancangan untuk membangunkan media pengajaran dengan mengambil kira aspek-aspek rekabentuk pengajaran yang sempurna.  Semasa anda merangka reka bentuk media pengajaran tersebut, anda harus mengintegrasikan teknologi pengajaran.  Media pengajaran yang dihasilkan itu harus diintegrasikan secara bijak untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan.



b.      Menghasilkan satu multimedia interaktif (atau persembahan elektronik) yang boleh digunakan dalam jangka masa 10 - 15 minit pengajaran). Dengan menggabungjalin pelbagai kemahiran teknologi yang telah anda pelajari, media yang dihasilkan itu perlu berupaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Perkara-perkara berikut harus dipatuhi;

i.               Tugasan ini adalah tugasan kumpulan (3-4 orang satu kumpulan), walau bagaimanapun hasil tugasan anda perlu disertakan dalam portfolio individu.

ii.             Pemilihan tajuk adalah berdasarkan sukatan pelajaran pengkhususan anda.

iii.            Mengandungi  persembahan multimedia / elektronik  selama 10 - 15  minit.

iv.           Dalam bahan multimedia tersebut, anda harus memuatkan gambar foto, video klip dan adunan audio untuk meningkatkan keberkesanan bahan.

v.            Pembentangan kerja kursus  di hadapan kelas akan diadakan selepas tarikh penyerahan.

vi.           Hasil  tugasan perlu dikembarkan dalam folio individu pelajar.



Panduan Penulisan Refleksi dalam Kerja Kursus



1.       Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

i.               Font Arial

ii.             Saiz huruf  ialah 11

iii.            Langkau satu setengah baris

iv.           Rujukan mengikut format APA

v.            Lampiran disertakan jika perlu



2.       Amalan plagiat tidak dibenarkan.



3.       Penulisan refleksi tidak melebihi 8 muka surat.



4.       Tugasan ini membawa markah 70%.



Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.





Tugasan disediakan oleh                                                    Disahkan oleh







________________________                                          _________________________



(CHUA LAY SIOK)                                                         (ABD. KHAHAR BIN SAPRANI)